asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

FAQ Penilaian Outcome

Penilaian outcome

1. Apakah Penilaian Outcome

Penilaian Outcome adalah proses pengumpulan data secara terperinci, lengkap dan bebas bagi memaklumkan kepada stakeholders mengenai kesan yang berlaku selepas sesuatu program/projek pembangunan dilaksanakan. Ia akan menilai sejauhmana objektif dan sasaran outcome yang digariskan di peringkat perancangan benar-benar tercapai sekaligus mengukur kesan dan perubahan yang berlaku terhadap golongan sasar dari aspek sosial, ekonomi, politik dan juga alam sekitar.

2. Apakah Kitaran Projek ?

Kitaran projek terdiri daripada perancangan, pelaksanaan dan penilaian.

3. Apakah Punca Kuasa Bagi Penilaian Outcome ?

Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2005: Garis Panduan Penilaian Program Pembangunan yang dikeluarkan pada/bertarikh 24 Ogos 2005.

4. Apakah Faedah Penilaian Outcome ?

Antara faedahnya ialah

  • membantu stakeholders membuat keputusan yang lebih berimbang
  • mengurangkan risiko
  • meningkatkan kecekapan dan integriti agensi
  • memastikan terdapat nilai pulangan pelaburan yang bersesuaian
  • memenuhi kehendak stakeholders dan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan

5. Langkah-Langkah Penyediaan Laporan Penilaian Outcome

  • Penyediaan Laporan Penilaian Outcome melibatkan langkah berikut:
  • Pengenalpastian Program/Projek
  • pembentukan Terma Rujukan (TOR)
  • pengumpulan data
  • penganalisisan data
  • penyediaan laporan pembentangan

6. Apakah Kriteria Bagi Pemilihan Projek Untuk Dibuat Kajian Penilaian Outcome ?

  • Kriteria pemilihan projek untuk dibuat kajian ialah
  • kepentingan nasional
  • keutamaan kementerian/agensi/jabatan/kerajaan negeri
  • golongan sasar yang besar
  • kos yang tinggi
  • kesan berganda

7. Apakah Kriteria Indikator Pencapaian Yang Baik?
Kriteria indikator pencapaian ialah:-

  • specific (S)
  • measurable (M)
  • accurate (A)
  • relevant (R)
  • timeliness (T)

8. Apakah Software Yang Digunakan Dalam Data Analisis (Data Primer)?

Statistical Package for Social Sciences (SPSS)

9. Format Laporan Penilaian Outcome ?

  • tujuan
  • latar belakang Program/Projek
  • terma Rujukan (TOR)
  • analisis
  • pemerhatian dan keputusan
  • isu dan masalah
  • syor/cadangan
  • rumusan

10.Apakah forum untuk pembentangan kajian Penilaian Outcome?

Pembentangan Kajian Penilaian Outcome Boleh Dibuat Di Mesyuarat Berikut.

  • Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome ICU JPM (JKPO)
  • Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK)
  • Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara (JKTN)
  • Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri (JKTNg) dan Majlis Tindakan Negeri (MTNg)
  • Majlis Tindakan Negara (MTN)

11. Penjelasan mengenai Modul Penilaian Outcome

Modul Penilaian Outcome merupakan salah satu modul utama di dalam Sistem Pemantauan Projek II (SPPII) yang bertujuan membolehkan penilaian berasaskan teras, dasar, program dan projek dijana dengan cepat dan tepat membantu pemantauan outcome sesuatu program dan projek terhadap kumpulan sasar.

12. Apakah Komponen Dalam Penilaian Outcome?

Komponen-komponen dalam Penilaian Outcome ialah:-

Dasar

Dasar merupakan teras utama yang digubal oleh kerajaan dalam menguruskan program pembangunan di Malaysia. Ia merujuk kepada dasar sedia ada dan yang terdapat dalam dokumen yang berkaitan seperti Dasar Pertanian Negara Ketiga, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Sosial Negara dan Dasar Dadah Negara. Dasar dalam konteks penilaian adalah kenyataan yang ada hubung kait secara langsung dengan tujuan program pembangunan yang hendak dinilai.

Objektif

Objektif merujuk pada komitmen pengurusan untuk mencapai matlamat dasar melalui program pembangunan yang telah ditetapkan. Hasil yang dicapai hendaklah mempunyai hubungan secara langsung dengan strategi dan matlamat organisasi. Sehubungan ini, objektif dalam konteks penilaian telah ditetapkan semasa program dirancang dan objektif boleh dirujuk dalam dokumen-dokumen yang berkaitan seperti permohonan RMLT dan Bajet Persekutuan Tahunan.

Program

Program merujuk pada perancangan pembangunan sesebuah kementerian/jabatan/agensi dan pentadbiran negeri yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE) untuk dilaksanakan dalam tempoh RMLT.

Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar ialah penerima faedah secara langsung dan tidak langsung daripada program pembangunan yang dilaksanakan. Bagi tujuan penilaian program pembangunan, kumpulan sasar perlu dinyatakan secara spesifik dan outcome program untuk kumpulan ini mestilah dapat diukur.

Bidang Hasil Utama

Bidang Hasil Utama (BHU) merupakan perkara yang perlu dikenal pasti terlebih dahulu untuk menentukan pencapaian output dan outcome sesuatu program. Ia bertujuan untuk memandu dan memudahkan pembentukan Indikator Pencapaian (IP).

Indicator Pencapaian

Indikator Pencapaian merupakan petunjuk prestasi sesuatu program berbanding dengan sesuatu yang ditetapkan. IP boleh berbentuk kuantitatif dan/atau kualitatif. Indikator Pencapaian kuantitatif, ditunjukkan melalui peningkatan atau penurunan merentasi dua tempoh masa, iaitu mula dan tamat dalam bentuk bilangan, kadar atau peratus.

Sasaran Outcome

Sasaran Outcome merupakan matlamat outcome yang ingin dicapai daripada program pembangunan yang dilaksanakan terhadap kumpulan sasar. Dalam proses perancangan program pembangunan, sasaran outcome biasanya ditetapkan.

Output

Output merupakan kesan langsung yang diperolehi daripada pelaksanaan sesuatu program pembangunan.

Outcome Sebenar

Outcome Sebenar merupakan hasil yang diperolehi daripada pelaksanaan program pembangunan dalam jangka pendek. Penilaian Impak Impak merupakan kesan daripada pelaksanaan program pembangunan dalam jangka panjang. Kaedah penilaian impak berbeza antara satu program pembangunan dengan yang lain. Penilaian boleh dibuat secara kuantitatif, kualitatif atau gabungan kedua-duanya.

Analisis Jurang Perbezaan

Analisis Jurang Perbezaan merupakan perbezaan antara sasaran outcome dengan outcome sebenar daripada pelaksanaan program pembangunan. Analisis ini juga merupakan perbandingan antara praprogram dengan pasca program bagi tujuan membuat rumusan penilaian.

Analisis Pelaksana Dan Kumpulan Sasar Program Pembangunan

Analisis dibuat berdasarkan pendapat dan penilaian agensi-agensi yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan program pembangunan dan penerima faedah program pembangunan tersebut. Analisis ini amat membantu dalam membuat rumusan penilaian program pembangunan yang dilaksanakan.

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 63 | Minggu Ini: 701 | Bulan Ini: 1431 | Jumlah: 190298