asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Perhimpunan Bulanan Bil. 6/2011

on .

perhimpunan bulanan 6/2011

22 Dis Perhimpunan Bulanan Bil. 6/2011:

Perhimpunan Bulanan PPPN Perak Bil.6/2011 telah diadakan dengan pada 22 Disember 2011. Dato' PKN telah menyampaikan amanat Ketua Pengarah ICU, sempena Persidangan Pengarah Kemajuan Negeri di Pulau Pinang tempohari. Taklimat khas mengenai Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) juga telah diadakan di samping penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan PPPN Perak bagi bulan Oktober dan November.

Penerima Anugerah Cemerlang Bulanan PPPN Perak adalah seperti berikut:

    Oktober November
    1. Nik Rohaizan binti Nik Mohd Ariffin
    2. Mohd. Nashriq bin Zainal Abidin
    3. Ahmad Kusairi bin Abdul Raman
    1. Aiesa bin Saad
    2. Nizam bin Sarji
    3. Norhadzni binti Abdul Halim

Latihan Kebakaran Bangunan Tabung Haji Negeri Perak

on .

Lembaga Tabung Haji Negeri Perak telah mengadakan latihan kebakaran pada 8 Disember. Latihan tersebut telah melibatkan seluruh warga Lembaga Tabung Haji Negeri Perak, PPPN Perak, Jabatan Kesihatan Negeri Perak serta semua yang berkhidmat di dalam bangunan Tabung Haji Negeri Perak. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.

Lawatan 5S Jabatan Akauntan Negeri Perak ke PPPN

on .

lawatan 5S_jabatan akauntan

7 DisLawatan 5S Jabatan Akauntan Negeri Perak ke PPPN:

PPPN Perak telah menerima kunjungan Jabatan Akauntan Negara Negeri Perak pada 7 Disember 2011 yang lalu. Jabatan Akauntan Negara Negeri Perak dalam proses melaksanakan Program Amalan Persekitaran Berkualiti 5S sejajar dengan hasrat kerajaan Malaysia yang menggalakkan pelaksanaan 5S di setiap Jabatan Kerajaan. Seramai 15 orang pegawai telah turut serta dalam lawatan tersebut.

Lawatan 5S Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Negeri Perak ke PPPN

on .

lawatan 5S_JKPTG

30 November Lawatan 5S Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Negeri Perak ke PPPN Perak:

PPPN Perak telah menerima kunjungan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Negeri Perak pada 30 November 2011 yang lalu. Jabatan tersebut dalam proses melaksanakan Program Amalan Persekitaran Berkualiti 5S sejajar dengan hasrat kerajaan Malaysia yang menggalakkan pelaksanaan 5S di setiap Jabatan Kerajaan. Seramai 10 orang pegawai telah turut serta dalam lawatan tersebut.

Lokasi

DIREKTORI

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 73 | Minggu Ini: 315 | Bulan Ini: 995 | Jumlah: 195004