asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Lawatan TKP ke ke tapak projek Agropolitan Ganda Gerik dan Pusat Pengembangan Teknologi Produk Perikanan Air Tawar Lenggong

on .

Gerik, Perak: Timbalan Ketua Pengarah ICU, JPM YBhg Dato’ Hj Hadzir Bin Md Zain telah mengadakan lawatan kerja selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 April 2016 ke tapak projek Agropolitan Ganda Gerik dan Pusat Pengembangan Teknologi Produk Perikanan Air Tawar Lenggong. Tujuan lawatan adalah bagi melihat kemajuan pelaksanaan projek dan meninjau permasalahan sebenar di tapak projek.

 



Sehari sebelum lawatan ke tapak projek tersebut, satu mesyuarat pemantauan projek telah diadakan di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak bagi menilai prestasi pelaksanaan projek Agropolitan Ganda, Gerik. Semasa mesyuarat tersebut, pihak RISDA telah menyampaikan satu taklimat berhubung projek Agropolitan Ganda yang merangkumi status terkini projek, isu serta cabaran dan cadangan penyelesaian.

Mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Kemajuan Negeri Perak, Pengarah UPEN Perak,Pegawai Daerah Hulu Perak, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Perak, YB ADUN Kenering dan beberapa lagi pegawai daripada lain-lain agensi. Semasa sesi mesyuarat tersebut, YBhg Dato’ Hj Hadzir menggesa agar setiap agensi yang terlibat dalam menjayakan projek ini agar dapat memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama bagi memastikan agar ianya berjaya sebagaimana matlamat asal. Tegasnya lagi penekanan kepada konsep NBOS perlu diterapkan di dalam setiap projek kerajaan bagi memastikan adanya elemen idea kreatif dan inovatif dan projek dapat dilaksanakan dengan cepat serta kos yang minimum.

 


Projek yang berkeluasan hampir 1230.29hektar tersebut merupakan salah satu pelan pembangunan kawasan luar bandar yang dilaksanakan secara mampan melalui penyediaan rumah yang selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas serta disokong dengan pelbagai aktiviti. Projek yang merangkumi tiga komponen utama iaitu ladang sejahtera, ladang komersil serta kawasan petempatan bagi 400 orang peserta bakal disempurnakan lagi dengan kemudahan infrastruktur seperti dewan serbaguna, rumah kedai, surau, taska, tadika dan sebagainya.

Semasa sesi lawatan ke tapak projek Agropolitan Ganda, YBhg Dato’ Hj Hadzir telah melawat kawasan petempatan dan kawasan ladang tanaman getah di blok 4 yang musnah sebahagiannya akibat serangan gajah.

 


Sebelum pulang ke Putrajaya, YBhg Dato’ Hj Hadzir bersama beberapa lagi pegawai dari ICU, JPM berkesempatan melawat Pusat Pengembangan Teknologi Produk Perikanan Lenggong. Pusat yang mula beroperasi pada tahun 2010 tersebut berperanan sebagai ‘one stop centre’ dan pusat rujukan bagi pengusaha produk ikan air tawar disamping memantau dan menyelia akitiviti hiliran pembangunan industri pemprosesan ikan air tawar terutama dari segi pengeluaran, pensijilan dan kualiti produk. Pusat yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Pekasam Negara ini turut berperanan dalam membangun dan memindah teknologi pengeluaran berasaskan produk ikan air tawar serta membantu pengusaha dalam melaksana program pemasaran dan promosi produk dengan lebih agresif.
Semasa sesi lawatan tersebut, YBhg Dato’ Hj Hadzir telah melontarkan beberapa idea bagi menambah baik (value added) dan mengembangkan lagi fungsi serta peranan pusat berkenaan. Ianya adalah bagi memastikan agar matlamat utama pembangunan pusat tersebut dapat dicapai disamping memberikan manfaat dan limpahan kebaikan bukan sahaja kepada masyarakat setempat malahan kepada rakyat di negara ini terutamanya mereka yang berada di dalam kluster berkaitan.
Kesimpulannya lawatan oleh YBhg Dato’ Timbalan Ketua Pengarah ICU, JPM ke atas kedua-dua projek ini dilihat sangat bertepatan dalam memastikan kecekapan ke atas pengurusan projek yang sedang dibangunkan dan dalam memastikan bahawa setiap projek pembangunan yang telah pun dilaksanakan oleh pihak kerajaan sentiasa relevan dengan persekitaran semasa.















 

BENGKEL TASK FORCE PEMBASMIAN KEMISKINAN PERINGKAT NEGERI PERAK BIL 1/2016

on .

TARIKH : 4 APRIL 2016

TEMPAT: CASUARINA @ MERU, IPOH PERAK.

 

Pejabat Pembangunan Persekutuan Ng Perak telah mengadakan satu bengkel Task Force Pembasmian Kemiskinan Ng Perak pada 4 April 2016 bertempat di Casuarina @ Meru. Ipoh Perak. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk berkongsi pandangan tentang program-program kemiskinan dan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan di Ng Perak ini.  Peserta-peserta yang hadir terdiri dari YB Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, Yb Ahli Parlimen Ng Perak, Pegawai-pegawai Daerah, Yang Dipertua Majlis-majlis Perbandaran, Ketua-ketua Penolong Pegawai Daerah, Agensi yang terlibat secara langsung dalam program pembasmian kemiskinan di negeri Perak seperti Yayasan Bina Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Negeri Perak dan lain individu yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dengan program pembasmian kemiskinan.

Antara penceramah jemputan yang telah sudi berkongsi idea dan pandangan adalah Dr. Muhammed Abdul Khaled, Pengarah dari Khazanah Research Institute, Prof Madya Dr Siti Hadijah bt Che Mat  Pensyarah Ekonomi dari Universiti Utara Malaysia dan En Azhan bin Samat, Pengarah Bahagian Kesejahteraan Rakyat, ICU, JPM.

EXECUTIVE TALK BERSAMA YB DATO SAARANI MOHAMAD, PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN LUAR BANDAR,PERTANIAN, PERLADANGAN,PENERANGAN DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN.

on .

TARIKH :7/4/2016

TEMPAT: DEWAN TAKLIMAT, ARAS 9, PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI PERAK.

 

 

Idea untuk mengadakan Executive Talk ini telah dicetuskan sendiri oleh Ybhg Dato’ Hj Hasim bin Hj. Hasan, Pegawai Kemajuan Negeri Perak. Penceramah jemputan YB Dato’ Saarani Mohamad telah berkongsi ilmu, pandangan dan idea beliau terhadap tajuk yang diberikan iaitu “Cabaran Orang Melayu Masa Kini”.

Sesi ini turut dihadiri oleh jabatan yang berdekatan dengan Pejabat Pembangunan Persekutuan Ng Perak, seperti Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Ng Perak, dan Tabung Haji Ng Perak.

 

Program ini telah membuka mata dan minda pendengar terhadap survival orang Melayu di Malaysia dan Perak khususnya pada masa ini. Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dan jika tiada halangan akan dijadikan agenda pejabat ini secara berkala.

 

Kursus Pengurusan Rekod dan Fail

on .

 

3 Mac 2016:Satu sesi taklimat mengenai rekod dan fail telah diadakan pada 3 Mac 2016 yang lalu bertempat di Bilik Taklimat, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Ladoh anak Majus, Pengarah, Arkib Negara Malaysia Cawangan Perak.


 

Tuaian Pertama Projek Rimbunan Kaseh

on .

 

15 Februari 2016:Desa Amanjaya atau lebih dikenali sebagai Projek Rimbunan Kaseh yang berkeluasan 50 ekar di Kg Batu 31, Jalan Tanjung Tualang, Kampung Gajah telah mengeluarkan hasil tuaian pertama buah rock melon pada 12 Februari 2016 dengan berat mencecah 1350kg. Hasil tuaian yang berkemanisan (brix) pada skala 14.4 tersebut dibuat ke atas satu daripada 28 rumah hijau yang dibangunkan.

 

 

Projek yang melihatkan kerjasama diantara Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Kampung Gajah serta Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak telah memilih seramai 91 orang peserta dari seluruh negeri Perak bagi menyertai projek tersebut. Matlamat utama projek berkenaan diperkenalkan adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah menikmati kehidupan yan lebih baik dan selesa dengan kemudahan tempat tinggal yang disediakan serta peluang bekerja di ladang Rimbunan Kaseh. Melalui pemantauan berterusan dan kerjasama semua agensi, diharapkan usaha ini mampu mengubah nasib peserta-peserta Rimbunan Kaseh dan memupuk jati diri mereka kepada lebih bersemangat dan berdaya saing.

 

Sumber : PMI

Lokasi

DIREKTORI

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 75 | Minggu Ini: 317 | Bulan Ini: 997 | Jumlah: 195006