asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Lawatan Projek Pembinaan Kuarters Di Rumah Seri Kenangan, Tanjung Rambutan.

on .

         Lawatan pemantauan Projek Pembinaan Kuarters di Rumah Seri Kenangan, Tanjung Rambutan yang diketuai Puan Muazatul Adawiyah binti Muhammad, Ketua Penolong Pengarah (Pemantauan) telah diadakan pada 5 Ogos 2016. Semasa lawatan tersebut, beberapa isu telah dikenalpasti yang menjadi punca kelewatan projek. Bagi mengatasi permasalahan tersebut, cadangan penambahbaikan telah dikemukakan untuk tindakan segera oleh pihak JKR Daerah Kinta dan kontraktor utama.

          Projek yang bermula pada 28 April 2014 telah dijadualkan siap pada 10 Mei 2016. Pihak kontraktor telah dikenakan Ganti Rugi Kelewatan (LAD) sebanyak RM3,557 sehari. Kontaktor kini dalam proses mendapatkan kelulusan tempoh lanjutan masa (EOT) sehingga 26 Oktober 2016. Projek bernilai RM19.2 juta ini bakal menyediakan dua blok kuarters dan satu banglo untuk kakitangan pegawai yang berkhidmat di Rumah Seri Kenangan Tanjung Rambutan.

 

 

Lawatan projek masjid seribu selawat

on .

 

Satu lawatan pemantauan projek oleh Pasukan Flying Squad PPPN Perak ke tapak pembinaan Masjid di Kg. Teluk Bharu, Pulau Pangkor telah diadakan 20 Julai 2016. Lawatan tersebut turut disertai oleh YBhg. Dato’ Hasim bin Hj. Hasan, Pegawai Kemajuan Negeri Perak dan Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung. Kos yang diperuntukkan bagi pembinaan projek masjid ini adalah sebanyak RM11.7 juta. Manakala, Majlis Perbandaran Manjung telah diberi tanggungjawab sebagai agensi pelaksana projek. Berdasarkan prestasi semasa kontraktor, projek dijangka akan dapat disiapkan pada 12 Oktober 2016.

 

Projek Masjid yang diluluskan di bawah Peruntukan Khas YAB Timbalan Perdana Menteri ini mempunyai keunikan dan dijangka menjadi daya tarikan baru pelancong di Pulau Pangkor. Ini kerana lokasi masjid tersebut yang berada di atas laut dan juga akan dihiasi dengan seni ukiran Islam.

Program Memasak Wif Luv Bersama Anak-Anak Yatim Baitul Mubaraqoh

on .

3 Jun 2016:Biro Masakan dan Hobikraf Persatuan Wanita ICU Perak, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak telah mengadakan Program Memasak Wif Luv bersama anak-anak yatim Baitul Murabaqoh, Taman Rapat Setia, Ipoh pada 3 Jun 2016. Program ini telah diketuai oleh Puan Norul Ain selaku ketua bagi Biro Masakan dan Hobikraf dibantu oleh 12 ahli persatuan . Seramai 30 orang anak yatim yang terlibat dalam program ini. Menu masakan pula ialah pizza yang memang merupakan menu kegemaran anak – anak pada masa kini.

Lawatan PPPN Pahang ke Projek Rimbunan Kaseh Desa Amanjaya, Perak.

on .

 

2 Jun 2016 -  RK Perak sekali lagi berbesar hati menerima kunjungan delegasi seramai 6 orang Pegawai dari PPPN Pahang yang diketuai oleh Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pahang sendiri iaitu Dato’ Haji Zulkifli bin Hj. Yaacob . Rombongan PPPN Pahang tiba di RK Perak sehari sebelum itu dan diraikan oleh PKN Perak Dato’ Haji Hasim bin Hj. Hasan dalam jamuan makan malam rasmi. Keesokannya, dengan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan Masyarakat dan Institusi) Pn. Robatul Adayiah bt. Mohd Isa,  ahli rombongan PPPN Pahang telah dibawa melihat keseluruhan kawasan RK Perak bagi mempelajari beberapa Best Practices yang boleh ditemukan dan sesuai untuk dikongsi bersama untuk direalitikan di RK Pahang.

 

 

Taklimat ringkas dari Wakil UPEN Perak menyusul setelah lawatan yang disampaikan oleh Penolong Pengarah (Pertanian) En. Minha Jul Abidin. Sewaktu lawatan, sesi dialog dua hala turut berjaya diadakan dalam kita bersama mempelajari beberapa pendekatan yang terbaik dalam menangani permasalah dan isu di dalam pengendalian RK sepanjang tempoh 5 tahun sewaktu pelaksanaan Program RK oleh Iris Corp. Usai lawatan, jamuan makan tengahari disediakan untuk ahli rombongan melepas lelah seketika sebelum kembali pulang ke Pahang Darul Makmur.

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 63 | Minggu Ini: 701 | Bulan Ini: 1431 | Jumlah: 190298