asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Sesi Mentoring Coaching Tunas Mekar 6/2017

on .

 

17 Mei 2017 |BMU Aras 8: Sesi Mentoring & Coaching Tunas Mekar 6 kali ke-6 ini merupakan sesi terakhir dalam siri pengendalian TM 6 pada tahun ini. Bermula dengan sesi temuduga pencarian peserta TM6 pada 12 Oktober 2016, 8 peserta akhir telah terpilih untuk dilatih dan dibentuk melalui pelbagai program ilmiah, grooming dan juga suntikan motivasi melalui sesi bersama mentor dan juga pengusaha yang telah dipilih. Komitmen yang tinggi telah dipamerkan oleh semua yang terlibat dengan berkongsi kepakaran dan pengalaman penat jerih yang diharungi dalam bidang keusahawanan dengan semuanya dikongsikan bersama peserta TM tanpa jemu.

Melalui sesi terakhir ini juga setiap Usahawan Perantis TM6 diminta membentangkan kesemua input yang telah mereka perolehi sepanjang 6 bulan terlibat dalam Program TM6. Setiap dari mereka juga telah membentangkan kos operasi dan keuntungan jualan hasil dari produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Sesi dua hala menjadi semakin rancak dengan setiap Usahawan Perantis akan diberi komentar secara langsung dari setiap pembentangan oleh 7 penasihat yang terdiri dari Koordinator, Kaunselor dan Pengusaha yang kebanyakannya menjurus kepada kekuatan dan kelemahan peserta yang perlu diperbaiki segera demi kelangsungan keusahawanan yang diceburi.

Walaupun sesi TM6 telah melabuhkan tirai, namun demi melihat kelompok anak Bumiputera ini terus mapan dan berdaya saing, komiti telah bersetuju untuk terus bersama bekerjasama memberi bimbingan dan tunjuk ajar selama 6 bulan seterusnya secara pemantauan terhadap perkembangan perniagaan mereka. Semoga kejayaan bakal dikecapi dan iltizam setiap peserta tidak pudar ditelan masa.  

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 107 | Minggu Ini: 493 | Bulan Ini: 2264 | Jumlah: 127965