asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Majlis Penyerahan Kit Solar 1Malaysia

on .


 

5 Mei 2017, telah berlangsungnya satu Majlis Penyerahan Kit Solar 1Malaysia oleh YB Dato’ Hasbullah Bin Osman, Ahli Parlimen Gerik kepada Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Tiang, Pos Banun, Parlimen Gerik. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Pegawai Daerah Hulu Perak, pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak dan juga beberapa orang pegawai dari Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah (PKOAD) Hulu Perak dan Baling. Pengagihan Kit Solar 1Malaysia ini merupakan antara inisiatif dan keperihatinan Kerajaan Persekutuan melalui Peruntukan Khas ICU, Jabatan Perdana Menteri bagi mempertingkatkan kualiti hidup Masyarakat Orang Asli, khususnya di Daerah Hulu Perak.

Seramai 82 orang ketua isi rumah Masyarakat Orang Asli telah menerima Kit Solar 1Malaysia dalam majlis ini yang mana mereka mewakili 82 rumah di penempatan Kampung Sungai Tiang ini. Kit Solar 1Malaysia ini setidak-tidaknya dapat menampung keperluan asas bagi Masyarakat Orang Asli dalam mengharungi kehidupan seharian mereka. Bagi setiap Kit, ianya dilengkapi dengan 1 Unit Panel Solar, Charging Hub/Battery Pack yang mempunyai beberapa output, 4 Unit Lampu (jenis LED) beserta suis, pemain MP3 yang boleh menampung Kad SD/Radio/Jam Digital dan Kit Solar 1Malaysia ini turut dilengkapi dengan kipas mini.

Dalam majlis tersebut, YB Dato’ Hasbullah turut mengingatkan semua penerima, agar Kit Solar digunakan sebaik mungkin seperti mana tunjuk ajar yang telah dibuat oleh pihak pembekal bagi memastikan penggunaan Kit Solar tersebut dapat dimanafaat sepenuhnya. Penggunaan yang baik akan memungkinkan jangka hayat yang lama bagi Kit Solar 1Malaysia tersebut. Hasil pemerhatian dan juga lawatan ke beberapa rumah mendapati bahawa Kit Solar 1Malaysia ini cukup mendapat perhatian kerana ianya dapat dipasang dengan mudah oleh Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungi Tiang ini memandangkan ianya adalah bersifat plug & play, lengkap bersama suis dan pendawaiannya yang telah tersedia. 

Lokasi

DIREKTORI

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 6 | Minggu Ini: 259 | Bulan Ini: 1229 | Jumlah: 192951