asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Seminar HIMIS

on .

30 MAC 2017 - CyberSecurity Malaysia, pusat pakar siber nasional, dengan sokongan serta kerjasama Kerajaan Negeri Perak telah melancarkan Projek Kajian Pengurusan Impak Manusia Dalam Keselamatan Maklumat atau Human Impact Management System for Information Security (HIMIS) bagi menilai dan mengurus tahap kefahaman tenaga kerja sektor awam di Malaysia mengenai keselamatan siber.

Selain itu, projek ini juga bertujuan mengurangkan risiko terutama bagi kakitangan sektor awam di seluruh negara menjadi mangsa jenayah siber.

Majlis pelancaran Projek Kajian HIMIS disempurnakan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Dato’ Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan sempena Seminar Kesedaran Keselamatan ICT Peringkat Negeri Perak. Projek HIMIS menjadi platform untuk mendedahkan penjawat awam khususnya di Negeri Perak dalam memperkasakan diri mereka mengenai pengurusan keselamatan maklumat agar dapat bertingkah laku secara positif dalam penghasilan mutu kerja yang berkualiti serta produktif.

Selain majlis pelancaran HIMIS, peserta seminar turut diberi penerangan mengenai topik Cyber Parenting, CyberSafe@Work dan Dasar Keselamatan Siber  Negara oleh wakil-wakil dari CyberSecurity Malaysia.
 

Lokasi

DIREKTORI

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 74 | Minggu Ini: 316 | Bulan Ini: 996 | Jumlah: 195005