Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir telah merasmikan kempen tersebut di Padang Ipoh, Perak. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

 

Sebelum itu YAB Menteri Besar Perak telah meninjau dan menyertai aktiviti gotong-royong pembersihan di sekitar bandar raya ini bermula di Medan Kid seawal pukul 6.45 pagi sebelum menanam pokok cempaka kuning di Padang Ipoh di sini. Dalam pada itu, Zambry berkata, setiap jabatan dan PBT juga perlu mempunyai prosedur operasi standard (SOP) serta sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) bagi menjayakan kempen tersebut.