asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Bengkel eUsahawan Tunas Mekar Perak

on .

7 Mac 2017, PPN Perak - Satu bengkel eUsahawan bagi peserta Tunas Mekar 2017 telah diadakan di Bilik Taklimat Tingkat 9, Pejabat Pembangunan Negeri Perak. Bengkel ini disampaikan oleh wakil yang dilantik oleh MDEC iaitu En Mohamad Firdaus bin Ali. Berbagai topik telah diketengah oleh En. Firdaus seperti cara mengenali target market, maklumat mengenai Search Engine Optimization (SEO), pengiklanan melalui media sosial Facebook Page dan Instagram dan lain-lain. Semoga bengkel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta Tunas Mekar sebagai salah satu medium untuk mengembangkan perniagaan yang mereka ceburi. Selain dari peserta Tunas Mekar, bengkel ini juga turut dimaanfaatkan oleh kakitangan pejabat ini demi menyahut seruan kerajaan dalam mencari pendapatan sampingan yang halal.

Apa itu Program eUsahawan?

Program eUsahawan yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menerusi MDEC, telah dilancarkan pada 23 November 2015 tahun lalu. Program eUsahawan ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Menerusi Program eUsahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.

Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.

Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.

Lokasi

DIREKTORI

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 73 | Minggu Ini: 315 | Bulan Ini: 995 | Jumlah: 195004