asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Pengisytiharan rasmi Bagan Datuk sebagai Daerah Baru

on .

9 Januari 2016 BAGAN DATUK: Bagan Datuk hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai daerah ke-12 di negeri Perak. Titah perisytiharan itu dilafazkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA) di sini pada jam 11.14 pagi ini. Baginda kemudian menandatangani plak perisytiharan berkenaan. Selaras perisytiharan itu, ejaan nama Bagan Datoh secara rasmi ditukar kepada Bagan Datuk.

Turut berkenan berangkat ialah Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah. Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Bagan Datuk yang dibuka oleh Tok Kelah pada tahun 1896 pada awalnya dikenali sebagai Sungai Keling atau Pekan Baru. Ia kemudian ditukar kepada Bagan Datoh yang merujuk kepada penempatan orang Melayu yang dibina atas air di tebing Sungai Perak digelar sebagai bagan serta asal nama Tok Kelah atas kesilapan orang Inggeris menuturkan dialek Melayu memanggil 'Tok" kepada 'Toh'.

Bagan Datuk berkeluasan 94,969.9 hektar dan mempunyai 70,300 penduduk sebelum ini berada di bawah pentadbiran daerah Hilir Perak sebelum diwartakan sebagai daerah penuh pada 15 Jun 2016.

 


 

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 72 | Minggu Ini: 710 | Bulan Ini: 1440 | Jumlah: 190307