asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Lawatan TKP ke ke tapak projek Agropolitan Ganda Gerik dan Pusat Pengembangan Teknologi Produk Perikanan Air Tawar Lenggong

on .

Gerik, Perak: Timbalan Ketua Pengarah ICU, JPM YBhg Dato’ Hj Hadzir Bin Md Zain telah mengadakan lawatan kerja selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 April 2016 ke tapak projek Agropolitan Ganda Gerik dan Pusat Pengembangan Teknologi Produk Perikanan Air Tawar Lenggong. Tujuan lawatan adalah bagi melihat kemajuan pelaksanaan projek dan meninjau permasalahan sebenar di tapak projek.

 



Sehari sebelum lawatan ke tapak projek tersebut, satu mesyuarat pemantauan projek telah diadakan di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak bagi menilai prestasi pelaksanaan projek Agropolitan Ganda, Gerik. Semasa mesyuarat tersebut, pihak RISDA telah menyampaikan satu taklimat berhubung projek Agropolitan Ganda yang merangkumi status terkini projek, isu serta cabaran dan cadangan penyelesaian.

Mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Kemajuan Negeri Perak, Pengarah UPEN Perak,Pegawai Daerah Hulu Perak, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Perak, YB ADUN Kenering dan beberapa lagi pegawai daripada lain-lain agensi. Semasa sesi mesyuarat tersebut, YBhg Dato’ Hj Hadzir menggesa agar setiap agensi yang terlibat dalam menjayakan projek ini agar dapat memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama bagi memastikan agar ianya berjaya sebagaimana matlamat asal. Tegasnya lagi penekanan kepada konsep NBOS perlu diterapkan di dalam setiap projek kerajaan bagi memastikan adanya elemen idea kreatif dan inovatif dan projek dapat dilaksanakan dengan cepat serta kos yang minimum.

 


Projek yang berkeluasan hampir 1230.29hektar tersebut merupakan salah satu pelan pembangunan kawasan luar bandar yang dilaksanakan secara mampan melalui penyediaan rumah yang selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas serta disokong dengan pelbagai aktiviti. Projek yang merangkumi tiga komponen utama iaitu ladang sejahtera, ladang komersil serta kawasan petempatan bagi 400 orang peserta bakal disempurnakan lagi dengan kemudahan infrastruktur seperti dewan serbaguna, rumah kedai, surau, taska, tadika dan sebagainya.

Semasa sesi lawatan ke tapak projek Agropolitan Ganda, YBhg Dato’ Hj Hadzir telah melawat kawasan petempatan dan kawasan ladang tanaman getah di blok 4 yang musnah sebahagiannya akibat serangan gajah.

 


Sebelum pulang ke Putrajaya, YBhg Dato’ Hj Hadzir bersama beberapa lagi pegawai dari ICU, JPM berkesempatan melawat Pusat Pengembangan Teknologi Produk Perikanan Lenggong. Pusat yang mula beroperasi pada tahun 2010 tersebut berperanan sebagai ‘one stop centre’ dan pusat rujukan bagi pengusaha produk ikan air tawar disamping memantau dan menyelia akitiviti hiliran pembangunan industri pemprosesan ikan air tawar terutama dari segi pengeluaran, pensijilan dan kualiti produk. Pusat yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Pekasam Negara ini turut berperanan dalam membangun dan memindah teknologi pengeluaran berasaskan produk ikan air tawar serta membantu pengusaha dalam melaksana program pemasaran dan promosi produk dengan lebih agresif.
Semasa sesi lawatan tersebut, YBhg Dato’ Hj Hadzir telah melontarkan beberapa idea bagi menambah baik (value added) dan mengembangkan lagi fungsi serta peranan pusat berkenaan. Ianya adalah bagi memastikan agar matlamat utama pembangunan pusat tersebut dapat dicapai disamping memberikan manfaat dan limpahan kebaikan bukan sahaja kepada masyarakat setempat malahan kepada rakyat di negara ini terutamanya mereka yang berada di dalam kluster berkaitan.
Kesimpulannya lawatan oleh YBhg Dato’ Timbalan Ketua Pengarah ICU, JPM ke atas kedua-dua projek ini dilihat sangat bertepatan dalam memastikan kecekapan ke atas pengurusan projek yang sedang dibangunkan dan dalam memastikan bahawa setiap projek pembangunan yang telah pun dilaksanakan oleh pihak kerajaan sentiasa relevan dengan persekitaran semasa.















 

Lokasi

DIREKTORI

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 75 | Minggu Ini: 317 | Bulan Ini: 997 | Jumlah: 195006