asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Showcase SDSI Jana Pendapatan Usahawan

on .

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka telah menganjurkan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Nasional 2014 pada 4 Disember - 7 Disember 2014 bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh Melaka.

Showcase SDSI ini merupakan penganjuran kali ke-9 dan dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 6 Disember 2014.

Showcase SDSI yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 merupakan pameran tahunan terbesar yang menghimpunkan produk/perkhidmatan SDSI dari seluruh Malaysia dalam usaha untuk memasar dan mempromosikan keluaran SDSI di peringkat domestik dan antarabangsa.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Harun, Ketua Pengarah ICU JPM Tan Sri Shukry Haji Salleh, Exco-Exco Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian,Jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

MITI berperanan sebagai organisasi induk dalam Jawatankuasa Promosi dan Pemasaran serta Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan. ICU JPM merupakan penyelaras utama Program SDSI selain disokong Kerajaan Negeri Melaka dan kementerian lain selaku peneraju kluster bagi bidang masing-masing iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

Program SDSI ini dilaksana berdasarkan konsep pembangunan produk dan perkhidmatan yang beridentitikan satu daerah. Penganjuran Showcase SDSI di peringkat zon dan nasional merupakan platform kepada usahawan untuk mempromosi dan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka ke seluruh Malaysia, dan juga ke serata dunia melalui pembeli/agen perdagangan antarabangsa selari dengan temanya Dari Malaysia Ke Persada Dunia.

Dalam ucapan perasmian, Dato' Sri Mustapa menyeru usahawan SDSI untuk terus bergerak seiring dengan persekitaran serta cabaran ekonomi semasa yang menuntut ilmu pengetahuan, kepakaran, kreativiti dan inovasi.Showcase SDSI tahun ini melibatkan penyertaan seramai lebih 500 pempamer dari seluruh Malaysia selain turut disertai pempamer dari Kemboja dan Thailand.

Pelbagai aktiviti dirancang untuk memeriahkan showcase ini seperti pameran dan jualan, Klinik Usahawan, Seminar Keusahawanan, Sesi Padanan Perniagaan, Demonstrasi Produk/Perkhidmatan SDSI, Persembahan Kebudayaan dan Kesenian, Menu Malaysia, cabutan pengunjung bertuah dan pelbagai aktiviti tarikan pengunjung.


Sumber: Laman web ICU JPM

Lokasi

DIREKTORI

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 75 | Minggu Ini: 317 | Bulan Ini: 997 | Jumlah: 195006