asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Majlis Penyerahan Projek Membina Jambatan Sungai Siputeh, Telok Mas, Selama

on .

 

2 Disember 2014- Satu Majlis Penyerahan Projek Membina Jambatan Sungai Siputeh, Telok Mas, Selama telah diadakan di tapak projek tersebut. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pegawai Kemajuan Negeri Perak, Dato’ Hasim Bin Haji Hasan, wakil dari Pejabat Daerah Selama, Cik Izziantee Binti Izzahan Penolong Pegawai Daerah Selama, perunding Mojass, kontraktor, wakil dari Lembaga Air Perak, wakil dari Pejabat Ahli Parlimen Larut, wakil dari Pejabat Pusat Khidmat ADUN Selama dan Ketua Kampung di kawasan tersebut. Projek ini telah diserahkan kepada Pejabat Daerah Larut Matang Dan Selama untuk diselenggara.

Projek jambatan Sungai Siputeh, Telok Mas, Selama merupakan salah satu daripada program Walkabout Perdana Menteri dan peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak 3.5juta. Projek tersebut mula dibina pada 3 Jun 2012 dan telah siap sepenuhnya pada 1 Disember 2014. Tanggal 12 Julai 2012, majlis pecah tanah untuk projek tersebut telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin. Sebelum jambatan tersebut dibina, hanya terdapat sebatang titi besi yang menghubungkan perkampungan-perkampungan yang berada di seberang Sungai Siputeh dengan pekan Selama. Dengan terbinanya jambatan ini ia dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Lokasi

DIREKTORI

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 75 | Minggu Ini: 317 | Bulan Ini: 997 | Jumlah: 195006