asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Laporan Workcamp Pembasmian Kemiskinan dan Lawatan Best Practices di Sabah dan Brunei.

on .

Pada 26-28 Oktober 2014 satu Workcamp Pembasmian Kemiskinan dan lawatan Best Practices Program Pembasmian Kemiskinan telah diadakan di Sabah untuk semua Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Luar Bandar) dan ahli Mesyuarat Focus Group Negeri Perak seramai 37 orang hasil dari cadangan YB Dato Saarani Mohamad, Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Turut hadir bersama didalam workcamp ini adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) Ybhg. Dato’ Abu Bakar bin Haji Said. Pejabat Pembangunan Negeri Perak merupakan urusetia kepada program ini yang diketuai oleh Pengarah Pembangunan Negeri sendiri, YBhg. Dato’ Hasim bin Hasan.

Tujuan utama workcamp seperti ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada semua agensi dan jabatan di negeri ini yang melaksana program pembasmian kemiskinan berkongsi idea, pandangan, mencetus idea baru dan melihat sendiri secara first hand projek pembasmian kemsikinan yang telah mencapai kejayaan.

Workcamp bermula pada 26 October dimana setiap daerah telah membentangkan perancangan dan cadangan program pembasmian kemsikinan bagi tahun hadapan. Selain utu sesi percambahan minda telah melahirkan banyak idea-idea kreatif yang memerlukan strategi lautan biru. Workcamp ini telah menjadi satu wadah terbaik untuk menilai semula peranan dan komitmen semua pihak dalam melaksanakan program pembasmian kemiskinan dan menjalin kerjasama yang lebih erat antara agensi.

Lawatan ke 3 buah projek peningkatan pendapatan di Sabah seperti Mini Estet Sejahtera di Bunang 1, Sook, Ternakan Lembu Tenusu di Keningau Integrated Livestock Centre Sabah dan usaha Yayasan Sabah dalam membangunkan Kraftangan Sabah telah membuka mata ahli mesyuarat dalam melihat usaha dan komitmen tinggi pihak-pihak yang terlibat dalam melaksanakan program ini. Kesungguhan para peserta yang pada awalnya didalam kekurangan dan terletak di kawasan pendalaman merupakan cabaran untuk mereka meraih kejayaan.

 

 

Selain itu satu sesi bertukar fikiran dan mengeratkan silaturrahim diantara Kerajaan Negeri Perak dan Yayasan Sultan Hj Hassanal Bolkiah telah juga telah dilaksanakan. Sesi ini berlangsung di Bangunan Kompleks Yayasan Sultan Hj Hassanal Bolkiah dalam suatu majlis pertukaran idea yang sangat menarik. Para peserta workcamp telah diperlihatkan usaha-usaha Yayasan dalan menangani kemiskinan melalui pendidikan dan program peningkatan pendapatan. Kemiskinan adalah sesuatu perbandingan relatif dan sebuah negara yang kaya seperti Brunei juga masih mempunyai golongan masyarakat yang perlu dibimbing dan dibantu.

Pendekatan kearah membasmi kemiskinan di negeri Perak akan mengambil kira semua pandangan dan idea-idea yang telah dijana didalam Workcamp Program Pembasmian kemIsikinan ini.

Lokasi

DIREKTORI

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 73 | Minggu Ini: 315 | Bulan Ini: 995 | Jumlah: 195004