asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Lawatan TKP (Pembangunan Strategik) ke Program Rimbunan Kaseh Negeri Perak

on .

rimbunan kaseh

17 Mei 2013: Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik) ICU JPM, Y.Bhg Dato' Seri Ab. Ghani Ariffin, telah mengadakan satu lawatan kerja ke Perak bagi melihat kemajuan projek Program Rimbunan Kaseh. Lawatan bermula dengan sesi lawatan tapak projek pada jam 10.00 pagi di Bt 31, Jalan Tg. Tualang, Kampung Gajah, Perak Tengah, kemudian diikuti dengan mesyuarat penyelarasan di Pejabat Daerah Kecil Kg Gajah yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Seri Ab. Ghani Ariffin sendiri.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kemajuan pelaksanaan Program Rimbunan Kaseh di Negeri Perak. Mesyuarat penyelarasan pula diadakan bagi membincangkan dan mendapatkan kata putus bagi menyegerakan pelaksanaan program ini. Lawatan dan mesyuarat ini turut disertai oleh Pengarah UPEN, Y.Bhg. Dato' Abu Bakar Said, wakil JKR, JPS, MAIPk, TNB, LAP, SPAN. Pada sebelah petangnya pula jam 2.45 petang, Y.Bhg Dato' Seri Ab Ghani Ariffin telah mengadakan perbincangan terperinci berkenaan Program Rimbunan Kaseh bersama Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri, Y.B Dato' Abdul Puhat Mat Nayan. Sesi perbincangan ini turut disertai oleh Pegawai Kemajuan Negeri, Y.Bhg Dato' Hasim bin Hasan,Pengarah JKR, Pengarah JPS, Pengarah Bahagian Konsultatif & Referal Teknikal, Pengarah Bahagian Susun Semula Masyarakat ICU JPM dan wakil SADC.

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 69 | Minggu Ini: 707 | Bulan Ini: 1437 | Jumlah: 190304