asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Majlis Pecah Tanah Infrastruktur Masyarakat India Buntong

on .

1 Mei 2013 - Majlis Pecah Tanah bagi Projek Infrastruktur Masyarakat India Buntong (RPT Bemban Rakyat) telah disempurnakan oleh YB Dato' Abdul Puhat Bin Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 1hb Mei 2013 jam 12.00 tghari tadi. Majlis turut dihadiri oleh YB Dato' Haji Mohd Ghazali Bin Jalal, Pegawai Kewangan Negeri Perak, YBhg Dato' Haji Jamry Bin Sury, Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah sebagai agensi pelaksana projek ini dan Tuan Abdul Razak Bin Mohamed, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Perak.

Turut serta dalam majlis ini juga ialah YBhg Dato' Veerasingam, YB Dato' Speaker Negeri Perak, YBhg Dato' Pengarah JKR, YBhg Dato' PTG, YBhg Dato' Pengarah UPEN, Pengarah PKNP dan lain-lain lagi. Majlis ini turut dihadiri oleh 1,000 hingga 1,500 orang penduduk di dalam kawasan Tronoh. Majlis berakhir dengan jayanya sekitar jam 1.30 petang. Galeri gambar

Lokasi

DIREKTORI

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 75 | Minggu Ini: 317 | Bulan Ini: 997 | Jumlah: 195006