asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

NIKMAT RAMADHAN: MAJIS PECAH TANAH BAGI PROJEK MEMBEKALKAN BEKALAN AIR BERSIH DI LENGGONG

on .

KG. LUAT, LENGGONG - Sejumlah 2500 penduduk di sekitar Kg Bukit Sapi, Kg Luat, Kg Talong, Kg Pulau Cheri, Kg Chepor Dan Kg Beng, Lenggong bakal menikmati bekalan air bersih yang lebih berkualiti apabila kerja-kerja pelaksanaan Projek Bekalan Air Bersih di 6 Kampung terlibat yang bernilai RM 6.2 juta bermula pada 12 Julai 2012 dan dijangka siap pada 8 Januari 2014.

Pegawai Kemajuan Negeri Perak, Dato' Hasim bin Hasan dan Ahli Parlimen Lenggong, Dato' Shamsul Anuar Nasarah telah sudi bersama menandatangani Plak Pelaksanaan Projek Bekalan Air Bersih di 6 kampung terlibat dan juga melepaskan bunting Majlis Pecah Tanah ke udara sebagai simbolik perasmian pelaksanaan projek.

"Rakyat semakin bijak menilai kemampuan Kerajaan dalam menyelesaikan masalah kini, maka dengan itu bukan hanya kesegeraan penyelesaian masalah yang dilihat malah lebih kepada kualiti penyampaian dan hasil projek yang dilaksanakan tersebut bakal dinilai oleh rakyat," ulas Dato' Hasim sewaktu menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lenggong merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Pembangunan Negeri Perak kerana telah banyak membantu dari segi kerja-kerja awalan projek seperti siasatan tapak, ulasan dan menulis surat permohonan kepada YAB PM di mana beliau katanya hanya berperanan selaku wakil kepada rakyat mempercepatkan permohonan tersebut dengan memanjangkan isu rakyat kepada YAB PM.

[Galeri majlis]

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 71 | Minggu Ini: 709 | Bulan Ini: 1439 | Jumlah: 190306