asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Kempen Jalur Gemilang

on .

19 Julai 2012: Kempen Jalur Gemilang Peringkat PPPN Perak

Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat PPPN Perak bermula hari ini kelansungan dari Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan yang telah dilancarkan YAB PM semalam. "Kibaran Jalur Gemilang di premis-premis sewaan PPPN Perak bagi ibu pejabat dan di 4 zon lainnya tampak menarik kerana semangat yang digambarkan memberi makna yang amat tinggi kepada warga PPPN Perak dalam memupuk semangat jati diri dan kesetiaan kepada negara," kata SDO Perak, Dato Hasim sewaktu mengulas perihal kempen tersebut yang dilancar secara rasminya di Perhimpunan Bulanan Bil. 4/2012 PPPN Perak di Tabung Haji. Di majlis yang sama, berlangsungnya Pelancaran Kutipan Tabung Setulus Hati, Seikhlas Budi sepanjang Ramadhan ini bagi Program Bubur lambuk dan sumbangan kepada Fakir Miskin dan juga Sambutan Hari Lahir bagi warga kakitangan bulan Julai dan Ogos.

Selain itu, beliau turut menyampaikan beberapa amanat dari KSN melalui pertemuan KSN bersama Warga ICU JPM yang berlangsung pada pada hari sebelumnya di Putrajaya. Terkesan dari ucapan SDO, warga PPPN Perak optimis untuk meneruskan kelangsungan kecemerlangan ICU JPM dalam mendukung hasrat kerajaan memberikan impak tranformasi pembangunan kepada rakyat.

[Gambar majlis]

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 70 | Minggu Ini: 708 | Bulan Ini: 1438 | Jumlah: 190305