asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri dan Focus Group Negeri bil. 5/2018

on .

     

 

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri Perak dan Focus Group Negeri bilangan 5 telah diadakan pada 12 Julai 2018 yang lalu.Mesyuarat tersebut telah berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Mesyuarat JKTNg telah dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Y.B. Dato' Haji Mohd. Gazali bin Jalal manakala Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan telah dipengerusikan oleh YB Encik Asmuni Bin Awi, Exco Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak.

Program Khidmat Masyarakat "Satu Rumah Satu Peti Pos"

on .

Program Khidmat Masyarakat "Satu Rumah Satu Peti Pos" telah diadakan di Kampung Kubang Pekan,Kuala Kangsar.  Adun Parlimen Kuala Kangsar, YBhg Datin Mastura binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid telah merasmikan program tersebut di Masjid Alhambaliah, Kampung Kubang Pekan. Sebanyak 100 buah peti pos telah diserahkan kepada penduduk kampung yang terlibat.

 

Gimik pelancaran program "Satu Rumah Satu Peti Pos" oleh POS Malaysia

 

Gotong royong di SAR Insaniah, Kampung Kubang Pekan

 

Pemasangan tiang peti pos di rumah penduduk kampung

Majlis Pecah Tanah Politeknik Bagan Datuk

on .

26 November 2017- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan Majlis Pecah Tanah Politeknik Bagan Datuk di atas tanah seluas 16.2 hektar.  Projek yang dianggarkan menelan kos RM220 juta itu dibangunkan di hadapan Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA) di sini dan bakal menampung 1,200 pelajar.

 

 

Politeknik baharu di Bagan Datuk yang memberi tumpuan kepada industri maritim juga merupakan politeknik ke-35 di negara ini dengan menawarkan dua program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) iaitu Diploma Pembinaan Kapal dan Diploma Kejuruteraan Marin Elektrikal.

Program Baik Pulih Rumah Secara Gotong Royong Parlimen Bukit Gantang

on .

Sebanyak 10 keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih menerima bantuan program baik pulih rumah menerusi Projek Touchpoint 2017 di beberapa buah kampung di dalam  Parlimen Bukit Gantang.

 

 

Pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abd Fasal , Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak bagi Parlimen Bukit Gantang merangkap Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang di salah sebuah rumah yang terpilih.Pelaksanaan projek ini diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak dan di laksanakan oleh Pejabat Daerah Larut Matang Dan Selama.

 

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 10 | Minggu Ini: 815 | Bulan Ini: 2443 | Jumlah: 167736