asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Berita PPPN Perak

Tender PPPN/P/PK/9/2012

on .

Tender PPPN/P/PK/9/2012 :Membina Baru Masjid Al-Hadhari Matang Road Mukim Matang,Perak

  • Syarat pendaftaran: Kelas D,Kepala II,Sub Kepala 2a dan CIDB
  • Tempoh edaran dokumen: 23 April 2012 hingga 14 Mei 2012
  • Tarikh tutup: 14 Mei 2012 (Isnin)

Maklumat lanjut sebutharga: tender masjid al hadhari.pdf

Tender PPPN/P/PK/10/2012

on .

Tender PPPN/P/PK/10/2012 :Membina Jambatan Sungai Siputeh, Telok Mas,Selama, Perak

Syarat pendaftaran: Kelas C,Kepala I,Sub Kepala 2 dan CIDB
Tempoh edaran dokumen: 23 April 2012 hingga 14 Mei 2012
Tarikh tutup: 14 Mei 2012

Maklumat lanjut sebutharga: tender jambatan.pdf

Sebutharga 13032012a

on .

PKD Zon 3-06/12 :Menaik taraf Masjid Aziziah,Kg Ketior,Kuala Kangsar

  • Syarat pendaftaran: Kelas F,Kepala I,Sub Kepala 1 dan CIDB
  • Lawatan tapak: Jam 9.00 pagi,6 Mac 2012 (*Sila berkumpul di perkarangan Masjid Aziziah)
  • Tempoh edaran dokumen: 7 Mac 2012 hingga 13 Mac 2012
  • Tarikh tutup: 13 Mac 2012 (Selasa)

Maklumat lanjut sebutharga: sebutharga-13032012.pdf

Tender 2 Februari 2012

on .

Tender PPPN/P/PK/1/2012: Membiayai sebahagian kos bagi membina dewan serbaguna Kg. Bt 10 Lekir, Parlimen Lumut, Perak

Syarat pendaftaran: PKK,Kelas D,Kepala ii,Sub Kepala 2(a) dan CIDB
Lawatan tapak: Jam 10.30 pagi,2 Februari 2012 (Khamis)(*Sila berkumpul di Pejabat Penghulu Batu 10, Lekir)
Tempoh edaran dokumen: 2 Februari 2012 (Khamis) hingga 23 Februari 2012 (Khamis)
Tarikh tutup: 23 Februari 2012 (Khamis)

Maklumat lanjut: sebutharga-23022012.pdf

Amanat penting PM atasi banjir di Kerian 14 Jan 2012

on .

IPOH 4 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat satu pengumuman penting bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda daerah Kerian apabila beliau hadir untuk merasmikan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2011/2012 di daerah itu 14 Januari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pengumuman yang akan dibuat itu menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri terhadap kesusahan penduduk di kawasan tersebut yang paling teruk menerima kesan banjir.

''Kawasan tersebut (Kerian) paling teruk terima kesan banjir. Perdana Menteri akan membuat pengumuman penting di Kerian untuk atasi masalah banjir yang sering berlaku," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Semasa membentangkan Bajet 2012 lalu, Perdana Menteri menegaskan terdapat empat juta penduduk yang masih tinggal di kawasan berisiko banjir dan sebagai tindakan awal, kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perak, Perlis dan Johor dengan kos sebanyak RM1 bilion.

Di Perak, tiga projek RTB ialah di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah; Perlis (naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau) dan Johor (RTB di bandar dan Sungai Segamat).

Daerah Kerian memerlukan tebatan banjir yang komprehensif kerana daerah tersebut terlalu bergantung kepada Sungai Kerian bagi mengalirkan limpahan air ke laut.

Menurut Zambry, Perdana Menteri dijangka tiba di negeri ini pada malam 13 Januari ini bagi menghadiri pertemuan dengan Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC).

''Selain Kerian, Perdana Menteri akan berada di beberapa daerah lain. Kita akan mengumumkan program-program lain yang akan dihadiri Perdana Menteri kemudian, selepas melihat jadual beliau," katanya.

sumber: Utusan Malaysia, 5 Januari 2012

Lokasi

DIREKTORI

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 3 | Minggu Ini: 256 | Bulan Ini: 1226 | Jumlah: 192948