asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Berita PPPN Perak

Lawatan Ke Tapak Rimbunan Kaseh

on .

9 Mei 2012- Kg. Batu 31, Jln Tg. Tualang -Kampung Gajah : Program Rimbunan Kaseh merupakan adalah projek yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri di mana peruntukan bagi program ini adalah dari ICU JPM. Peruntukan bagi projek Rimbunan Kaseh adalah RM 23 juta untuk pembangunan projek ini seluas 35 ekar. Secara ringkasnya, Rimbunan Kaseh adalah satu projek pembangunan integrasi yang menyediakan perumahan dan keperluan asas yang disokong oleh aktiviti ekonomi berasaskan pertanian secara moden. Lawatan kali ini disertai oleh Dato' Hasim bin Hasan, SDO Perak, En. Zamri, Pengarah BSSM ICU JPM, Pn Hanani selaku Pegawai Penyelaras Projek Rimbunan Kaseh Negeri Perak dan wakil-wakil agensi negeri seperti UPEN,JKR,JPS,PTG,SADC bagi melihat lokasi yang bakal dibangunkan untuk projek ini. Secara dasarnya kerajaan negeri telah meluluskan tapak seluas 50 ekar untuk projek ini di daerah Perak Tengah. Diharapkan matlamat pelaksanaan Rimbunan Kaseh dapat meningkatkan taraf hidup peserta yang terlibat.

Tender PPPN/P/PK/11/2012

on .

Tender PPPN/P/PK/11/2012 :Membina Sebuah Dewan Serbaguna di Mukim Sungai Tinggi, Trong, Perak

Syarat pendaftaran: Kelas D,Kepala 2,Sub Kepala 2a dan CIDB
Tempoh edaran dokumen: 10 Mei 2012 hingga 28 Mei 2012
Tarikh tutup: 28 Mei 2012

Maklumat lanjut sebutharga: tender dewan serbaguna.pdf

Lokasi

DIREKTORI

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 32 | Minggu Ini: 451 | Bulan Ini: 451 | Jumlah: 196619