Laman Utama
Profil
Perutusan
Aktiviti
Takwim
Info
E-mel
Kenali Perak
 






        Pejabat Pembangunan Negeri Perak (PPN) adalah sebuah institusi Persekutuan di peringkat negeri. Pejabat ini bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP), Jabatan Perdana Menteri yang menjalankan tugas-tugas utama (core business) menyelaras pelaksanaan projek-projek pembangunan negeri Perak. Di samping itu, Pejabat Pembangunan Negeri juga menjalankan tindakan-tindakan yang berpatutan bagi menilai keberkesanan sesuatu projek yang dilaksanakan di peringkat negeri dari aspek pembangunan. Pejabat ini juga bertanggungjawab secara langsung kepada YAB Menteri Besar dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri.

         Pejabat Pembangunan Negeri Perak diterajui oleh Pengarah Pembangunan Negeri PTD gred M1 dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah PTD M2 dan 3 orang Penolong Pengarah PTD M3. Organisasi Pejabat Pembangunan Negeri Perak mempunyai 13 perjawatan dan 7 jawatan negeri.

        Pejabat Pembangunan Negeri Perak terletak di Aras 1, Fasa 2,Bangunan Perak Darul Ridzuan,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh,Perak Darul Ridzuan.

   
 
 
 
 
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :

Pejabat Pembangunan Negeri Perak Darul Ridzuan,
Aras 1, Fasa 2,
Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Tel:05-253 1957(Am)/05-522 5190
Faks : 605-2543239


Penafian : Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data yang berlaku
dari penyaluran maklumat yang diperolehi daripada laman web ini

   
 
Hakcipta Terpelihara © 2004 PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI PERAK