Laman Utama
Profil
Perutusan
Aktiviti
Takwim
Info
E-mel
Kenali Perak
 





 

Bahawa "KECERMELANGAN BUDAYA KITA" menuntut kami berikrar untukmemberikan perkhidmatan yang sentiasa cemerlang dalam semua aspek yang berkaitan dengan bidang tugas dan tanggungjawab kami. Selaras dengan ini maka kami akan memenuhi ketetapan-ketetapan berikut :-

 

Menyampaikan maklumat mengenai dasar, strategi dan program-program kerajaan dengan jelas dan tepat kepada golongan sasar.
 

Menyediakan minit-minit mesyuarat utama yang dikendalikan oleh PPN terutama Majlis Pembangunan Negeri dan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri dengan lengkap, tepat dan diedarkan dalam tempoh 7 hari bekerja.

 
Menyediakan laporan sukutahun kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan rancangan lima tahun pada setiap minggu ketiga bulan April, Julai, Oktober dan Januari untuk dibentangkan dalam majlis Pembangunan Negeri/ Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri seperti yang ditetapkan dalam arahan No. 1/2001.
 
Mengemukakan permohonan peruntukan/ cadangan projek pembangunan untuk tahun berikutnya kepada Ibu Pejabat/ Kementerian selewat-lewatnya pada 15 Disember tahun semasa.
 

Mengeluarkan surat kuasa pelaksanaan projek kepada Agensi pelaksana dalam tempoh 5 hari bekerja selepas kelulusan diterima dari Ibu Pejabat/ Kementerian.

 
Mengeluarkan waran peruntukan kepada agensi pelaksana bagi maksud pembayaran ke atas projek-projek yang dilaksanakan, dalam tempoh 5 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
 
Melaksana dan menyiapkan projek-projek kecil pembangunan bernilai RM50,000.00 dan ke bawah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh peruntukan diluluskan.
 
Menyediakan baucer bayaran tuntutan (Perkhidmatan/ Pembekalan/ Kontrak) dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh tuntutan lengkap diterima.
 
Mengadakan Mesyuarat Lembaga Perolehan Persekutuan menimbang dan menyetujui terima tender persekutuan setiap 2 minggu atau bagi kes-kes segera dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima kertas perakuan.
 
   
 
 
 
 
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :

Pejabat Pembangunan Negeri Perak Darul Ridzuan,
Aras 1, Fasa 2,
Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Tel:05-253 1957(Am)/05-522 5190
Faks : 605-2543239


Penafian : Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data yang berlaku
dari penyaluran maklumat yang diperolehi daripada laman web ini

   
 
Hakcipta Terpelihara © 2004 PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI PERAK